Sabtu, 16 Oktober 2021

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK

Satu destinasi pelancongan yang semakin terkenal di Jerteh, Terengganu ialah Lata Kolam Air Deru Ecopark.

Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini memukau pengunjung.

Lata Kolam Air Deru Ecopark yang berkeluasan 7 hektar telah dibangunkan pada 2015. Lokasinya terletak bersebelahan dengan La Hot Spring.

Terletak kira-kira 35km dari bandar Jerteh dan 98km dari Kota Bharu. Manakala jarak dari Kuala Terengganu pula kira-kira 125km.

Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta mandi-manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan.

Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk semua jenis pengunjung. Mereka menyediakan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.

Lata Kolam merupakan hutan simpan yang diberikan kepercayaan oleh pihak berwajib untuk dijaga dan diuruskan. 

Ekosistem alam yang indah dan kebersihan merupakan pilihan utama para pengunjung. Terdapat 3 segmen sungai iaitu Pengkalan Suri (kawasan perkhemahan atau kawasan sungai cetek), Pengkalan Dua dan Pengkalan Raja (kawasan air terjun dan aktiviti riadah).

Selain menyewa tempat penginapan disediakan, pengunjung juga boleh menggunakan tapak perkhemahan dengan kadar sewa yang berpatutan dan menikmati kemudahan yang lengkap seperti tandas, elektrik dan paip air bersih.







Gambar: Dari pelbagai sumber media maya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan