Selasa, 2 November 2021

FATMI CHE SALLEH DILANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UMK

 
Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMK.

Majlis penyerahan surat lantikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob telah disempurnakan pada hari ini. Majlis disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Fatmi merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Beliau sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semenjak ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri sehinggalah sebagai Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan