PAS
telah memilih Perikatan Nasional (PN) daripada mengutamakan Muafakat Nasional
(MN). Kepimpinan PAS juga telah menetapkan bahawa ahlinya akan mengundi PN dan
bukan Barisan Nasional (BN).
UMNO
menerima keputusan itu dengan berlapang dada. UMNO tegas dengan pendirianya
untuk bertanding atas tiket BN secara sendirian.
Jelas
sekali bahawa MN tidak mudah dioperasikan. Keputusan PAS itu bermakna MN hanya
wujud pada nama, tidak pada semangatnya.
Laungan
MN demi perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. Hakikatnya, dalam politik,
pelbagai kepentingan lain adalah keutamaan.
UMNO
tegas untuk tidak bekerjsama dengan PPBM bukan kerana ia membelakangkan
kepentingan ummah dan bangsa Melayu.
Tetapi
kerana PPBM itu dibidani kelahirannya untuk mengganti UMNO. Ia secara terang
dan jelas, seteru UMNO.
PAS
wajar mengerti kedudukan ini. Kerana itu UMNO tidak memerlukan PAS untuk
mendamaikan ia dengan PPBM.
Seperti
UMNO juga tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan Amanah demi
kepentingan ummah kerana UMNO tahu sejarah keduanya.
PAS
tidak boleh mengikat UMNO dengan MN dan pada masa yang sama mendambakan PN. PAS
wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia
kehendaki.
Dalam
politik, tiada parti yang patut mencari keuntungan dari pelbagai pihak, dalam
pelbagai keadaan dan pada setiap masa.
Keputusan
PAS sebenarnya memberikan UMNO ruang dan peluang untuk kembali kepada BN yang
sederhana, multicultural dan progresif. Ia tidak lagi terbelenggu dengan
sesiapa, bebas mencorakkan jalan kehadapanya.
Kerana
UMNO sedar, jalan kemenangan ialah sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu.
Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan.
Dalam
politik yang telah sangat ‘disruptive’, kemenangan akan banyak bergantung
kepada tawaran dasar yang lebih baik, kepimpinan yang lebih dinamik, rencana
ekonomi yang lebih lestari dan rencam generasi muda yang mesti difahami.
Jika
hanya mencongak jumlah undi UMNO, PAS dan PPBM itu sebagai tanda aras
kemenangan, maka sangat lah simplistik. Politik Malaysia bukan sebegitu
simplistik.
Kerana
rumitnya politik itulah, maka BN adalah taruhan terbaik UMNO untuk Malaysia.
Yang lain hanya sampingan.
Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib
Presiden UMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan