UMNO
Cawangan Lorong Masjid, DUN Tanjung Mas, Bahagian Kota Bharu berjaya melaksnan Persidangan
Tahunan 2021 sepertimana dikehendaki Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), pada 10 November 2021.
Persidangan
diadakan mengikut SOP pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
Kehadiran
ahli melaksanakan amanah persidangan adalah bukti kesetiaan kepada parti
biarpun dalam kemelut politik negara yang berterusan.
Bahkan,
sebahagian ahli datang ke tempat persidangan yang diadakan di rumah Cikgu Wan
Ahmad, menempuh laluan air banjir dan ketika hujan masih berterusan turun,
membuktikan rasa sayang kepada parti yang banyak berjaya kepada agama, bangsa
dan negara.
Ini
membuktikan kesetiaan ahli peringkat akar umbi kepada parti masih utuh dan
bersedia berkhidmat kepada parti bila-bila masa diperlukan, khususnya persiapan
menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan