PAS
menolak gagasan Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan pembabitan hanya
UMNO dan parti itu sahaja.
Presidennya,
Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga menolak fahaman yang menafikan
adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar
iaitu Perikatan Nasional (PN).
Abdul
Hadi menegaskan, gagasan MN yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana
berlakunya perubahan situasi dan realiti.
Katanya,
langkah persembahannya bermula dengan penubuhan MN yang tidak lengkap, maka
perlu dilengkapkan dengan penubuhan PN. PAS hanya bergerak dengan konsep Islam
yang terang lagi bersuluh.
Menurutnya
lagi, PAS boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya
sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja.
Tegasnya,
PAS hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah
dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar
dan berkuasa melalui gagasan politik PN.
Keputusan
PAS itu perlu dihormati. UMNO tidak perlu berkecil hati dengan sikap PAS yang
bertegas ingin bersama PN, lebih-lebih lagi PN adalah satu parti yang ahli
gabungan termasuk PAS sebagai salah satu parti utama membentuk PN.
UMNO
sendiri sudah berada dalam Barisan Nasional. Tentu teramat berbelit-belit
hubungan jika UMNO pula menerima PN, yang dipelopori oleh Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), musuh utama UMNO.
Kalau
UMNO boleh menerima PPBM dan PPBM bersedia bersama dengan UMNO, elok sahaja PPBM
dan PAS menyertai BN.
Tidak
perlu banyak parti yang ahlinya adalah parti-parti.
PAS
boleh usahakan juga untuk menjemput Parti Amanah Negara (PAN) untuk menyertai
BN, selain PPBM pula menjemput Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk turut menyertai
BN.
Memang
cadangan itu gila dan tidak mungkin berlaku.
Cadangan
lain yang mungkin boleh dilakukan ialah PAS menjemput PAN untuk sertai PN.
Manakala PPBM pula mempelawa Pejuang masuk PN.
Maknanya,
PAS tidak perlu berusaha untuk UMNO menerima PPBM, kerana UMNO telah
terang-terang menolak PPBM.
Sebaliknya,
PAN adalah serpihan PAS yang rasanya lebih mudah untuk dipujuk oleh PAS menyertai
PN.
Begitu
juga dengan Pejuang yang menjadi serpihan kepada PPBM, tentu sekali mudah
dibawa untuk bersama-sama dengan PN.
Kalau
PAS gagal atau tidak mahu membawa PAN menyertai PN, dan PPBM pula masih
berseteru dengan Pejuang, maka begitulah hubungan UMNO dengan PPBM.
Gambar: Masjid Al Rahman Mukim Pulau Gajah, sekadar hiasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan