Khamis, 3 Mac 2022

SEBAB TIDAK MENDAKI BUKIT LAGI

 
Tengok gambar anak-anak saudara seawal usia tiga empat tahun mendaki Bukit Panau memang menyeronokkan. Mereka bersama bapa, ibu, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu bersama-sama mendaki atau hiking Bukit Panau.

Sebenarnya, dalam keluarga ambo kebelakangan ini sering melakukan hiking secara berkeluarga. Bukit Panau dikira sudah kerap kali. Bukit lain ialah seperti Bukit Marak, Bukit Gunung, Bukit Jawi, Bukit Keluang, Bukit Besar, Bukit Gua Kambing, Bukit Larut, Bukit Melati, Bukit Borga, Bukit Tiga Beradik, Bukit Maras, Bukit Larut dan bukit-bukit lain yang sesuai untuk kanak-kanak.

Itu aktiviti adik beradik ambo dan anak-anak saudara. Sedangkan ambo, memang payahlah hendak ikut sama. Tenaga sudah kurang. Tidak mampu hendak lawan tenaga orang muda. Kalau setakat Bukit Marak tu bolehlah cuba-cuba. Itupun perlu ada pengiring agar jadi apa-apa kecelakaan boleh ditolong. 

Biarpun dahulu ambo pernah mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Ledang, Gunung Panti dan banyak lagi bukit di seluruh Malaysia, kini khudrat semakin berkurangan. Bak kata, berjalan di dalam hutan rimba, naik bukit, turun lembah, berkayak, bersampan dan menjelajah pulau-pulau sudah menjadi kebiasaan. Meredah hutan berminggu-minggu sudah biasa sangat. 

Itulah kenyataan yang perlu diterima. Apabila telah tua.... terimalah hakikat bahawa banyak perkara yang mampu dilakukan sebelum ini hanya sekadar menjadi sejarah. Sekadar mendengar dan melihat apa yang orang muda buat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan