Mek
(ibu) ambo berulang kali masuk hospital. Setiap kali masuk hospital bukan
sehari dua. Kadang-kadang sampai dua minggu. Ada sekali tu sampai 40 hari.
Tugas
menemani mek dilakukan adik beradik ambo, adik ipar ambo dan anak-anak saudara ambo. Mudah kata, anak, menantu dan cucu mek ambo. Alhamdulillah
masing-masing melakukan dengan penuh rela dan tanggungjawab.
Ada
adik yang balik dari Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak untuk menemani mek di hospital. Ambo sendiri, sekadar ambil sedikit masa. Adik-adik yang
banyak melakukan.
Di
hospital, banyak ragam pesakit yang kita dapat lihat. Macam-macam. Rata-rata mereka
lemah dan tidak berdaya untuk melakukan keperluan diri sendiri. Perlu dibantu oleh
doktor dan jururawat.
Maka,
di sini pentingnya perlu ada peneman atau penjaga di kalangan ahli keluarga
sendiri.
Tetapi,
malang sekali, ada pesakit yang sepenuhnya mengharapkan jagaan doktor dan
jururawat. Disuapkan makan, ditukar pakaian dan lampin pakai buang, dibawa
ke tandas dan sebagainya.
Kalau
tiada anak dan saudara mara, itu kita terima takdirnya. Namun, diketahui bahawa
pesakit itu ada anak dan cucu yang tinggal tidak jauh dari hospital.
Berminggu-minggu
pesakit di hospital, anak dan cucu tidak dapat menjenguk menemani sehingga meninggal dunia. Sedih......
Catatan - Mek telah kembali kepada Maha Pencipta pada 04 Mei 2023 0202H. Semoga mek damai di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan