Jumaat, 4 Mac 2022

SEEKOR KAMBING TIDAK CUKUP UNTUK HIDANGAN KELUARGA

 
Keluarga ambo ramai. Jumlah adik beradik, dicampur dengan adik ipar dan ditambah pula dengan anak saudara, jumlahnya sudah melebihi 100 orang.

Itu belum dikira adik beradik dari ibu yang lain. Kalau angka itu dicampur dan termasuk kakak ipar serta abang ipar, anak saudara dan cucu saudara yang ada, jumlahnya boleh mencecah 150 orang.

Maknanya, jika dibuat carta keturunan dari ayah ambo, termasuk yang berkahwin dengan keturunannya, jumlahnya adalah 150 orang.

Jadi, jika buat kenduri atau majlis makan, kalau setakat sembelih seekor kambing, memang tidak cukup. Setakat boleh makan kuah sahajalah. Makan gulai cicah roti.

Setiap kali majlis kenduri sembelih kambing, kena carilah dua atau tiga ekor. Itu pun baharu cukup-cukup.

Kalau hendak dapat makan lebih sedikit, kenalah cari empat atau lima ekor kambing ditumbangkan. Dapatlah dibahagikan sedikit kepada jiran-jiran terdekat.

Kalau jiran yang tidak dapat tu, maaflah. Itu tandanya tidak cukup untuk diagih-agihkan. Bukan pilih-pilih, tetapi ikut mana yang sempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan