Sesiapa
yang pernah sampai di Wisma Perwira Batalian Keempat Rejimen Askar Melayu
Diraja (4 RAMD), Kem Tapah, Perak pasti akan melihat satu batu besar yang tertulis
‘WE ARE THE BEST’.
Ya...
batu besar yang mula ‘mendiami’ laman Wisma Perwira tersebut sejak Jun atau
Julai 1993. Sudah tiga dekad batu besar itu berada di situ.
Pada
masa itu, pasukan yang menduduki kem tersebut ialah 25 RAMD. Pasukan 25 RAMD
kemudian berpindah ke Kem Sri Aman, Sarawak bertukar dengan 4 RAMD yang kekal di
Kem Tapah sehingga hari ini. 25 RAMD kemudian berpindah ke Kem Bentong, Pahang.
Sejarah
kewujudan batu besar di Wisma Perwira Kem Tapah adalah ‘angkara’ kumpulan yang
dikenali ‘Enam Jahanam’. Enam Jahanam adalah enam orang pegawai muda yang
baharu ditauliahkan melalui Skim Pegawai Graduan.
Kenam-enam
pegawai muda berpangkat leftenan ditempatkan di 25 RAMD untuk menjalani latihan
orentasi sebelum mengikuti Kursus Pegawai Graduan Siri 11 di Maktab Tentera
Diraja Kem Sungai Besi. Maksudnya, mereka bukanlah pegawai 25 RAMD.
Ketika
itu, mana-mana calon pegawai yang layak ujian dan temu duga akan terus ditauliahkan
sebagai pegawai tanpa mengikuti latihan terlebih dahulu. Mereka akan
ditempatkan di pasukan atau unit tertentu untuk menunggu jumlah pegawai ‘cukup’
untuk diadakan satu siri latihan.
Kembali
kepada sejarah batu tersebut, Enam Jahanam sepanjang berada di 25 RAMD didedahkan
dengan latihan asas dan tugas-tugas sebagai pegawai.
Termasuk
dalam senarai ‘tugasan’ tersebut ialah misi untuk menghiaskan laman Wisma
Perwira. Ketika itu sedang dibina satu kolam air pancur yang terdapat ‘pulau’
di tengah-tengahnya.
Memandangkan
pulau itu kosong, maka dibuat cadangan bagaimana hendak menghiasnya agar nampak
lebih ‘gah’ dan cantik.
Entah
siapa mencadangkan, katanya kena diletakkan batu besar di situ. Memang kenalah.
Cadangan yang asalnya tidak serius itu diterima oleh pegawai kanan.
Apa
lagi, ia menjadi satu misi yang ‘wajib’ dilaksanakan. Mencarilah segenap
kawasan untuk mendapatkan batu tersebut.
Nasib
baik, batu besar itu ditemui di kawasan Kuala Woh. Batu itu bukan asal dari
situ kerana ia batu kuari yang telah dipecahkan dan dibawakan ke tempat itu
untuk tujuan tertentu.
Untuk
mengangkat batu tersebut, ditugaskan satu platun yang melibatkan kira-kira dua
puluh orang anggota. Diangkat secara manual ke atas trak tiga ton.
Bila
sampai di Wisma Perwira, setelah siap pulau di tengah kolam, maka diusung batu
besar itu dan dijadikan mercu tanda baharu di situ.
Kejayaan
itu menjadi kenangan kepada Enam Jahanam. Satu kenangan. Sebab itu, Enam Jahanam
akan sentiasa mengingati kisahnya dan jika berpeluang akan datang melawat batu itu.
Jika ditanya tanya pegawai dan anggota yang bertugas di kem itu sekarang, mereka tertanya-tanya mengapa batu besar itu ada di situ.
Enam
Jahanam tersebut ialah:
-
Lt Mohd Faishal Mat Isa (3005916) – berhenti pangkat kapten
- Lt Lokman Ismail (3005917) – berhenti pangkat kapten
-
Lt Azlan Mohamad (3005921) – masih berkhidmat pangkat Lt Kolonel
-
Lt Muzafar Mansor (3005923) - masih berkhidmat pangkat Lt Kolonel
-
Lt. Ahmad Hafizal Hashim (3005924) - masih berkhidmat pangkat Kolonel
-
Lt Mohd Haryzal Ismail (3005925) - masih berkhidmat pangkat Kolonel
Kemas kini 13 Feb 2024
Catatan: Tulisan di batu itu bukan hasil Enam Jahanam.
Ini namanya ' tiada beban batu digalas",
BalasPadamSekian dari 3700XXX