Ahad, 6 Mac 2022

SEMBAHYANG ISYAK DUA KALI MALAM JUMAAT

Hari ini dapat bertemu sambil minum pagi dengan rakan yang sudah 25 tahun tidak bersua muka. Rakan yang pernah tinggal sebilik selama kira-kira empat bulan ketika bersama-sama ditempakan di Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), Kem Tapah, Perak pada tahun 1993.

Masa tu, ambo bersama-sama lima lagi rakan, termasuk rakan yang ditemui hari ini, ditempatkan di 25 RAMD mengikuti program orentasi sebelum mengikuti Kursus Pegawai Graduan Siri 11 di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi.

Sepanjang minggu orentasi, memang tidak kering bulu. Dari pagi sampai ke tengah malam. Ada-ada sahaja program dan penugasan yang perlu dilakukan.

Kalau sebelah malam, selepas sahaja lepas makan malam, macam-macam perkara perlu dilakukan. Kalau dapat masuk bilik pukul 12 malam tu kira sudah bernasib baik.

Jadi, sebaik boleh masuk bilik untuk tidur, ambo dan rakan tadi akan terus bersembahyang Isyak dan terus tidur. Pagi esok pukul enam pagi kena bangun untuk bersiap menjalani latihan jasmani.

Masuk bilik, sembahyang Isyak dan terus tidur. Itulah rutin ambo dengan rakan sebilik setiap malam selama 4 bulan.

Disebabkan itu sudah menjadi rutin, maka pada malam Jumaat pun kerap dilakukan. Walhal, pada setiap malam Jumaat kami akan bersembahyang secara berjemaah di Masjid Batalion.

Banyak kali jugalah ambo dan rakan tadi sembanyang Isyak dua kali pada malam Jumaat.

Kadang-kadang ambo yang sembahyang dua kali, kawan tu yang tanya sembahyang apa skot? Kot-kot sembahyang tolak bala atau sembahyang hajat. 

Pada masa lain, ambo pula tanya dia sembahyang apa tu?

Maksudnya kami tidak terus tegur ketika masih bersembahyang... kot-kot memang sembahyang sunat atau sembahyang qada.

Adakala tu sebelum sempat bersembahyang, ambo atau dia terus tanya hendak sembahyang apa. Pastinya, hendak sembahyang Isyak. Jadi, bila diberitahu malam itu malam Jumaat, maka fahamlah.... jadi terus tidurlah.

Ada sekali tu, ambo masuk bilik awal, sembahyang Isyak dan terus berada di atas katil untuk tidur. Kemudia kawan tu masuk dan terus naik atas katil untuk tidur.

Lantas, ambo bertanya; skot sembahyang doh ko? Dia jawab; eh sembahyang dohlah skot di masjid tadi.

Ambo terdiam.... oh ambo sembahyang Isyak dua kali pula malam ni.

Alhamdulillah dapat teman sebilik sebegini. Saling mengingati dalam perkara kebaikan.

Teman sebilik itu masih meneruskan perkhidmatan dalam tentera, sedangkan ambo sekadar tujuh tahun dalam perkhidmatan. Beliau kini berpangkat Lt Kolonel.

Teman yang dimaksudkan ialah Lt Muzafar Mansor (3005923) – pangkat ketika kami bersama-sama di 25 RAMD.

Gambar: Lt Kol Muzafar (kiri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan