Sudah
banyak gelombang Covid-19. Macam gelombang banjir juga. Kalau biasanya sekali
sahaja banjir setahun, kali ini sampai tiga kali banjir kawasan sama pun ada.
Covid-19
pun macam tu. Sudah banyak kali graf turun naik. Macam yo-yo.
Covid-19
ni benda tidak nampak. Nak tepis atau nak lari tidak tahu macam mana.
Apa
yang boleh kita lakukan adalah usaha menghindarkan. Suntik vaksi diakui pakar
perubatan sebagai cara terbaik, selain jaga SOP.
Ada
juga berikhtiar dengan cara makan bunga cengkih, minum air bunga cengkih atau
sedut wap bunga cengkih. Itu adalah ikhtiar.
Jadi
ambo pun cuba berikhtiar dengan cara sedut wap bunga cengkih. Lega rasanya. Bau
wangi dan menyegarkan.
Orang
lain ada cara masing-masing.
Ingatlah...
Covid-19 itu benar. Ambo sudah kena sebelum ini. Biarpun, sudah lengkap dua
suntikan vaksin, serta ditambah dengan suntikan penggalak.
Ambo ada
pengalaman diserang virus Covid-19 dan merasai deritanya. Tidak kena tidak tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan