Harga
runcit petrol RON95 di Malaysia pada kadar RM2.05 seliter (10 Mac 2022) adalah
sangat rendah berbanding harga runcit petrol di negara jiran.
Harga
runcit petrol di Indonesia mencecah RM3.74 seliter, manakala negara jiran
Thailand (RM5.63 seliter) dan Singapura (RM9.16 seliter).
Perbezaan
besar antara harga runcit petrol dalam negara berbanding negara jiran akan
membuka ruang kepada aktiviti penyeludupan petrol.
Jumlah
subsidi petrol oleh kerajaan dijangka bertambah kepada RM28 bilion pada tahun
2022 berbanding RM11 bilion pada 2021 sekiranya harga minyak mentah dunia kekal
melebihi US$100 setong.
Penyeludupan
petrol di sempadan negara sama ada didalangi atau dilakukan warga asing mahupun
warga tempatan. Warga tempatan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan
melakukan kesalahan bukan sahaja di sisi undang-undang, bahkan dikira termasuk
perbuatan dosa dalam agama. Mereka menjadi pengkhianat kepada negara.
Penyeludupan
barang bersubsidi ke luar negara bermakna berlaku ketirisan perbelanjaan negara
yang sepatutnya hanya dinikmati oleh warganegara. Hal demikian menyebabkan
kerugian bukan sahaja kepada negara, bahkan turut dirasai oleh rakyat.
Kenaikan
kos subsidi produk petroleum disebabkan berlaku penyeludupan keluar akan
memberi tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan kerana pertambahan kos subsidi
sepatutnya boleh digunakan untuk manfaat pembangunan ekonomi dan kesejahteraan
rakyat.
Bersama
kita hentikan aktiviti penyeludupan barang bersubsidi ke luar negara. Tugas ini
bukan sahaja dipikul agensi penguatkuasaan, bahkan juga seluruh rakyat.
Sesiapa
yang mengetahi adanya aktiviti penyeludupan, perlu melaporkan kepada pihak
berkuasa bagi mencegah perbuatan itu berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan