Ada
orang masuk syurga kerana baktinya kepada ibu bapa. Ada juga menjadi penghuni syurga
kerana memberi anjing minum.
Bahkan, ada yang diterima ibadatnya dan dimasukkan
syurga kerana sebelum tidurnya selalu memaafkan orang lain. Ada pula masuk
syurga kerana selalu membantu jirannya.
Jadi,
buatlah kebaikan mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. Banyak orang
menyangka dirinya telah melakukan kebaikan, namun tidak ada apa-apa di sisi
Allah.
Tidak
perlu mengata itu dan ini punca berlakunya begitu dan begini. Kerana banyak
bersangkalah manusia menjadi riak dan tidak ikhlas.
Banyak
orang berniaga bersedekah setiap hari kerana ingin perniagaan menjadi lebih
maju. Maksudnya, bersedekah bukan ikhlas, tetapi untuk kepentingan diri sendiri
agar perniagaan lebih maju.
Sebab
hendak maju dalam perniagaan inilah sehingga timbul ‘ajaran sesat’ kena keluar
zakat setiap hari. Untung setiap hari dikeluarkan zakat, kerana berkat, supaya
terus untung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan