Rezeki
itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Kesihatan dan perasaan tenang juga
stu rezeki. Dikelilingi ahli keluarga dan sahabat yang baik juga satu bentuk
rezeki. Hati tenang tidak berdengki dan tidak menyakiti orang lain juga satu
rezeki.
Orang
beriman dan kuat ibadatnya Allah berikan rezeki. Orang jahat dan kufur juga ada
rezekinya. Itulah dikatakan sifat Allah Maha Pemurah.
Jadi,
tidak perlulah mengatakan kerana itu dan inilah dia menjadi kaya. Atau, kerana begitu
dan beginilah orang lain menjadi miskin.
Soal
rezeki ini biar Allah tentukan. Kita hanya berusaha mengikut apa yang disuruh
atau diajar agama. Melakukan perkara baik, menjauhkan perkara buruk.
Sebenar-benar
balasan atas apa yang kita lakukan adalah pahala atau dosa, bukannya soal
berapa banyak kekayaan yang kita ada.
Tidak
berjaya menjadi kaya raya bukan kerana tidak melakukan banyak kebaikan atau
pahala di dunia ini.
Para
sahabat yang dijamin syurga tidak banyak yang kaya. Bahkan, Rasulullah SAW
ketika wafatnya hanya meninggalkan amat sedikit harta.
Jadi,
jangan fikir yang kaya itu kerana telah banyak melakukan kebaikan, dan yang
miskin pula dianggap tidak melakukan kebaikan.
Harta
adalah ujian terbesar kepada manusia. Berhati-hatilah dengan harta.
“X
berjaya menjadi kaya raya, X byk duit bukan kerana tak banyak sumbangannya
kepada ibu bapa.” kata seorang ustazah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan