Kata
seorang kawan, kalau ingin disayangi ibu bapa, kena tinggal atau bekerja jauh.
Jangan tinggi sekampung dengan ibu bapa. Lebih-lebih lagi jangan tinggal
serumah.
Anak
yang tinggal jauh akan selalu diingati ibu bapa. Hendak pula yang balik jarang-jarang
sekali. Tetapi, jangan pula lupa krim duit. Kalau tidak tiap-tiap bulan,
jarang-jarang sekali pun ok. Lebih elok lagi jika setiap kali balik.
Ibu
bapa akan selalu menantikan kepulangan anak yang tinggal jauh. Ibu bapa mana
tidak rindukan anak. Tambah pula kalau pulang membawa wang dan macam-macam yang
biasanya tidak dilakukan oleh anak tinggal serumah.
Balik
bawa kereta besar. Ajak ibu bapa naik dan pergi sana sini. Makan di hotel dan
restoran mahal. Beli baju baharu atau apa-apa yang elok-elok.
Lima
enam hari setahun bersama anak yang tinggal jauh lagi diingati ibu bapa berbanding
365 hari bersama anak yang tinggal serumah.
Makan
makanan mewah dua tiga kali di hotel dan restoran lebih diingati berbanding makan
pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan malam sepanjang tahun dengan
anak yang tinggal serumah.
Cucu
yang tinggal jauh balik cium tangan lebih diingati dan dipuji, berbanding cucu
yang hari-hari di depan mata, siap kena marah lagi.
Anak
yang tinggal serumah memang serba tidak kena. Serba tidak betul. Malaslah.
Tidur banyaklah. Tidak tahu jaga anaklah.
Bersabarlah....
setiap apa yang dilakukan pasti mendapat pembalasan. Jagalah ibu bapa mengikut
kadar kemampuan masing-masing.
Yang
tinggal serumah itupun boleh berjaya jika sanggup tinggalkan ibu bapa di
kampung, bahkan mungkin lebih berjaya berbanding yang lain. Yang tinggal serumah
itulah yang telah banyak berkorban menjaga ibu bapa sepanjang tahun, bukan
hanya dua tiga hari setahun.
Kalau
tidak kaya di dunia kerana berkorban menjaga ibu bapa, semoga kekayaan dan
balasan syurga di akhirat menanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan