Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan melalui agensinya Jabatan Perikanan
memperkenalkan Dana Jaminan Makanan (DJM). DJM
merupakan satu inisiatif kerajaan bagi melaksanakan projek-projek menjurus ke
arah pertanian organik. Pertanian organik adalah satu sistem pengeluaran yang
mengekalkan kesihatan tanah, ekosistem dan manusia.
Pertanian
organik menggabungkan elemen tradisi, inovasi dan sains bagi memanfaatkan
persekitaran secara bersama dan mempromosikan hubungan yang adil serta kualiti
hidup yang baik untuk semua.
Objektif
utama pelaksanaan projek adalah bagi memperkasakan aktiviti ekonomi komuniti
perikanan yang terdiri daripada nelayan, penternak dan pengusaha perikanan
dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.
DJM
sekaligus merangsang ekonomi melalui pelaksanaan projek perikanan setempat dan
aktiviti perikanan yang lebih produktif serta membuka peluang pekerjaan baharu
kepada penduduk setempat.
DJM
dilaksanakan secara berkumpulan atau komuniti khususnya myKomuniti Perikanan
(myKP) dengan kadar bantuan maksima RM50,000.00 setiap satu projek.
Aktiviti
pengeluaran makanan adalah berasaskan perikanan seperti perikanan tangkapan,
perikanan darat, akuakultur, pemprosesan makanan berasaskan ikan, santuari dan
pusat pengumpulan produk.
Antara
penerima DJM ialah pengusaha ikan bekok di Kuala Besar. Dana yang diterima
dapat membantu membesarkan lagi penghasilan ikan bekok yang semakin mendapat
permintaan di kalangan peminatnya.
Penghasilan
ikan bekok Kuala Besar berhampiran dengan Jeti Kuala Besar yang menjadi tempat
persinggahan mereka yang ingin ke pulau-pulau delta Sungai Kelantan di jajahan
Tumpat.
Memandangkan
kawasan kepulauan kini menjadi tumpuan pelancong dengan adanya Pasar Terapung
Sri Tanjung dan Pasar Terapung Pantai Suri, ikan bekok Kuala Besar menjadi
semakin terkenal. Banyak pengunjung tertarik untuk membeli ikan bekok untuk
dibawa pulang.
Harganya
berpatutan kerana terus dari pengusaha. Manakala pembeli boleh memilih sendiri di
para tempat menjemur sama ada ingin yang masih ‘basah’ atau sebaliknya.
Ikan
bekok adalah ikan yang direndam dengan air garam semalaman atau mengikut masa
dikehendaki pembuatnya dan kemudian dijemur selama sehari.
Ikan
dijemur itu tidak kering sepenuhnya, tidak seperti ikan kering. Antara jenis
ikan yang digunakan untuk membuat ikan bekok ialah iakan gelama, ikan konge
atau ikan cencaru dan ikan kerisi.
Ikan
bekok goreng dicicah dengan hirisan bawang besar, cili padi dan cuka untuk
dinikmati dengan nasi panas.
Bagi
memudahkan peminat ikan bekok menikmati menu yang semakin diminati ramai,
semakin banyak kedai makan yang menyediakan menu ikan bekok. Bahkan ada kedai
makan menggunakan nama 'ikan bekok' sebagai tarikan pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan