Ketika berdepan masa sibuk, kita bukan sahaja perlu bijak menguruskan masa, tetapi juga perlu
kepada ketahanan emosi dan fizikal. Kalau tidak bijak menguruskan, ia boleh
memberi kesan buruk bukan kepada diri sendiri sahaja, bahkan kepada organisasi
dan pihak-pihak yang berkaitan.
Di sinilah perlunya kebijaksanaan dan
ketenangan diri. Urus dengan baik dan hadapi dengan tenang. Kawal diri dan sentiasa
fokus biarpun sesibuk mana keadaan perlu dilalui. Buat jadual atau urus masa dengan baik.
Kalau perlu, minta bantuan orang lain untuk
melakukan bagi pihak kita. Percaya dan yakin kemampuan orang lain untuk
melakukan perkara itu bagi pihak kita. Mungkin apa yang dilakukan oleh mereka
lebih daripada apa yang kita sendiri mampu lakukan. Kalau ada sedikit
kekurangan, anggaplah itu sebagai satu latihan untuk mereka.
Dalam keadaan sibuk dan banyak perkara
perlu dilakukan tentu sekali ada kekurangan dan kelemahan di sana sini. Akui
dan terimalah hakikat itu. Kurang sempurna adalah lebih baik berbanding tidak
dilakukan langsung. Tambahan pula, dalam keadaan biasa pun tidak mungkin sempurna
100 peratus.
Dalam kesibukan, pasti kesihatan diri terjaga.
Jaga emosi, kekalkan tahap kesihatan. Pastikan rehat dan tidur secukupnya.
Kalau emosi tidak terkawal, kesihatan merosot, maka semuanya tidak akan
menjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan