Ayah ambo ahli UMNO. Menyokong perjuangan UMNO. Sokongannya kepada UMNO dibayar dengan harga yang tinggi. Disebabkan menyokong UMNO ayah ambo dilabelkan sebagai kafir.
Mereka
pergi ke masjid mukim lain untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Bahkan ada yang
melakukan akad nikah sekali lagi dengan tok imam (pendaftar nikah) lain walaupun telah dinikah oleh ayah ambo. Kononnya nikah yang dilakukan oleh ayah ambo itu tidak sah.
Ada pihak yang bertemu dengan pihak Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar memecat ayah ambo
daripada menjadi imam. Cubaan itu gagal kerana calon yang dicadangkan tidak
layak.
Masa itu, MAIK menetapkan jika ada permintaan ahli khariah ingin menukar
imam mukim perlu mengemukakan calon ganti. Kalau tiada yang layak, maka imam
asal akan dikekalkan.
Ayah ambo tidak berganjak dengan sokongan
kepada UMNO. Bahkan dia bertanggungjawab mendaftarkan ambo sebagai ahli UMNO.
Ambo disuruh untuk menghadiri perjumpaan parti.
Akhirnya ayah ambo berhenti menjadi imam
mukim. Bukan kerana usaha ‘jahat’ pihak tertentu, tetapi kerana masalah
kesihatan.
Jawatan imam mukim kosong. Tetapi, peliknya
tiada pula anak mukim yang berjaya untuk mengisi jawatan tersebut sehingga
beberapa tahun. Apabila ada yang mengisi jawatan tersebut, ia bukan anak mukim
atau penduduk tempatan.
Bersilih ganti imam mukim kerana meletak jawatan atau
dipecat, sehingga imam mukim sekarang yang dikira ‘tetap’. Itupun bukan berasal
dari kampung ambo, tetapi kini dikira menetap di kampung ambo.
Ayah ambo telah meninggal dunia lebih 22
tahun. Namun, pendaftaran ambo sebagai ahli UMNO yang dilakukan oleh ayah ambo
tetap kekal dan tidak pernah meninggalkan UMNO sama ada ketika menang atau
kalah.
Sekiranya ayah ambo kekal mendokong perjuangan
UMNO dan sanggup berdepan dengan label sebagai kafir dan ada cubaan melucutkan
jawatan sebagai imam mukim, maka ambo sebagai anaknya akan setia meneruskan
perjuangan itu.
Apalah yang hendak dibandingkan dengan pengorbanan ayah ambo
sebagai ahli UMNO, berbanding apa yang mampu dilakukan oleh ambo. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan