Ethiopia adalah satu-satunya negara Afrika
yang gagal dijajah secara total oleh penjajah Itali..Itali hanya mampu
menduduki sedikit saja wilayah Ethiopia, iaitu di kawasan utara negara itu.
Pada bulan September 1895, Raja Menelik, raja
dari wilayah selatan Ethiopia, memerintahkan penduduk Ethiopia untuk berperang
mengangkat senjata melawan itali.
Dia kemudian memimpin satu pasukan tentera
yang besar, iaitu sekitar 100,000 lelaki. Mereka bergerak maju ke arah utara wilayah
yang dijajah Itali.
Beberapa pertempuran telah berlaku dan pada
1 Mac 1896, dalam pertempuran yang dikenali Adwa, tentera Ethiopia mengalahkan pasukan
tentera Iitali dengan penuh bergaya. Tentera Itali melarikan diri ke negara
Eritrea dengan penuh kehinaan.
Dalam pertempuran ini, tentera Ethiopia
dikatakan telah menggunakan singa, gajah, lebah dan tebuan. Haiwan-haiwan ini
telah dilatih untuk mengenal dan menyerang musuh.
Bagaimana mereka melakukannya masih lagi
tinggal misteri dan cerita ini hanya ada dalam catatan orang Ethiopia sendiri. Cerita
ini tidak ditemukan dalam catatan bangsa Eropah.
Walau bagaimanapun, kemenangan ini telah
menjadikan Ethiopia sebagai negara idola bagi negara Afrika yang lain dalam
usaha mereka menentang penjajah Eropah.
Pada awal Perang Dunia Kedua, Itali kembali
lagi ke Ethiopia dan kali ini mereka bertahan hampir 3 tahun lagi sebelum dikalahkan
secara total oleh gabungan tentera Ethiopia dan tentera British.
Gambar: Tentera Ethiopia bergambar bersama
singa-singa yang digunakan untuk melawan pasukan penjajah Itali pada
pertempuran Adwa.
Sumber Kredit HaZmi GhaNi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan