Ahad, 13 November 2022

TUGAS PERLU DILAKUKAN CEPAT

 
Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU15) ambo diberi beberapa tugas. Ada tugas yang telah biasa ambo lakukan pada PRU-PRU lepas dan ada yang kali pertama. Kalau yang sudah biasa dibuat, itu boleh dianggap sebagai ‘salin dan tampal’. Cabarannya untuk tugas yang kali pertama dilakukan. Kena belajar dan perlukan usaha lebih.
 
Sama ada tugas sudah biasa dilakukan ataupun kali pertama, apa-apa yang berkaitan dengan PRU perlu dilakukan dengan pantas. Tidak boleh tangguh-tangguh. Sebab itu ada tugas yang memerlukan ambo pergi ke rumah individu tertentu pada pukul 01.00 pagi.
 
Kalaupun ada yang sedikit bermasalah, ia diuruskan dengan sebaik mungkin mencapai apa yang diharapkan.
 
Dalam melaksanakan tugas semasa PRU memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Alhamdulillah .... mendapat bantuan atau kerjasama seperti diharapkan.
 
Contohnya, petang tadi ambo perlu uruskan soal permit atau kebenaran pihak polis untuk mengadakan Rapat Umum Rakyat di Kampung Cherang. Beberapa perkara boleh dilakukan sendiri. Tiada masalah.
 
Tetapi ada juga perlukan tindakan individu lain. Perkara pertama perlu diselesaikan ialah mendapat kebenaran bertulis pemilik tempat untuk mengadakan ceramah itu. Kedua, biarpun hal berkaitan borang dilakukan oleh ambo, tetapi borong permohonan itu memerlukan tandatangan calon atau wakil calon.
 
Calon atau wakil calon kedua-duanya sibuk. Bergerak ke sana sini untuk urusan kempen dan hal-hal yang berkaitan dengan pilihan raya.
 
Namun, kedua-dua mereka mudah baso sene kiro. Ambo mendapat tandatangan wakil calon di tepi jalan. Terima kasih Fikhran Hamsi Bin Mohd Fatmi, wakil calon kepada Datuk Seri Rosmadi bin Ismail, calon BN Parlimen Kota Bharu bagi PRU15.  
 
Apa yang penting, usaha perlu digerakkan secepat mungkin dan mencapai matlamat. Tangkas dan hebat.

2 ulasan: