Jumaat, 2 Disember 2022

CARA HADAPI USIA TUA DENGAN CERIA

 
Ambo melihat beberapa keping gambar rakan-rakan sekolah yang mengadakan perjumpaan. Ambo tidak hadir perjumpaan tersebut. Hanya melihat gambar di kumpulan WhatsApp sekolah.
 
Lama juga ambo meneliti gambar-gambar tersebut. Ada beberapa orang yang ambo cam dan ingat akan mereka. Manakala selebihnya tidak ingat langsung.
 
Apa yang ambo pasti, semua yang berada dalam gambar tersebut sudah tua. Tidak tergamak untuk ambo gambarkan ciri-ciri tua itu. Takut nanti terasa hati pula. Yalah... orang tua biasanya mudah terasa hati.... sikit-sikit merajuk.
 
Bila diamat-amati wajah-wajah tua itu, baharu ambo sedar rupa-rupanya ambo pun sudah tua juga. Tua seperti mereka. Tahun kelahiran sama dengan mereka, yang beza hanya tarikh.
 
Oh... ambo sudah tua. Tua adalah anugerah. Bersyukur dapat hidup sampai usia tua. Sudah banyak rakan seusia, bahkan lebih muda yang telah meninggal dunia.
 
Apabila meniti usia tua, banyak perkara yang berubah berbanding 10 tau 20 tahun lalu. Berbeza sangat rasanya.

Terimalah hakikat bahawa diri telah tua. Hiduplah secara orang tua. Buatlah apa yang termampu, bukan hendak berlagak macam orang muda. 
 
Ambo sebelum ini pernah tulis tentang ‘Tanda Aku Sudah Tua’.
 
TANDA AKU SUDAH TUA
 
Nak royat pada sahabat
ore tua mudah tak cekat
banyak sakit daripada sihat
jenis enjin berkarat
mudah rasa tak larat
kena banyak berehat
keno selalu makan ubat
buat kerja cepat sakit urat
mudah pula melarat
sampai ke tulang belikat
rambut tidak lagi lebat
berjalan pun lambat-lambat
tidak mampu hendak cepat
tak boleh gadoh lorat
kena fikir tambah ibadat
tidak lupa banyak bertaubat
moga hidup lebih berkat
menuju alam akhirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan