Isnin, 12 Disember 2022

SEBAB SERTAI PARLIMEN KEDAI KOPI

 
Gemulah ayah ambo boleh dikatakan menyertai sidang parlimen kedai kopi setiap hari. Kalau ada masa dia akan sertai dua sidang sehari iaitu pada sebelah pagi dn petang. Sidang parlimen tidak diadakan pada waktu malam pada ketika itu.
 
Sidang pagi biasanya kira-kira pukul 08.00 pagi dan sidang petang pula selepas menunaikan Asyar berjemaah.
 
Tempat bersidang ialah sama ada di Kedai Kopi Pak Su (kini tapak kedai itu didirikan bangunan dua tingkat yang digunakan Nasken Coffee), Kedai Kopi Cina (kini setelah Kedai Roti Canai Nuar) dan Kedai Kopi Pak Sin (kini diuruskan anaknya Mokhtar).
 
Pernak mek (ibu) ambo bertanya mengapa ayah ambo kena pergi kedai kopi. Jawabnya, hendak tahu maklumat. Banyak berita mengenai politik dan masyarakat sekeliling dibincangkan di kedai kopi.
 
Balik kedai kopi, kadang-kadang ayah akan ceritakan kepada mek tentang cerita kedai kopi. Tetapi biasanya tiadaklah. Sampai di rumah, ayah akan terus tukar pakaian ke kebun dan mek pula sibuk dengan tugas mengurus anak-anak.
 
Masa dahulu tiada media sosial macam sekarang. Jadi, segala berita diperoleh di kedai kopi. Ada yang tukang baca akhbar dan kemudian akan ulang cerita untuk disampaikan kepada mereka yang tidak membacanya.
 
Ayah ambo tidak berlama-lama di kedai kopi. Biasanya sekitar setengah jam sahaja, atau lebih lama sedikit jika ada topik yang penting.
 
Selepas itu, ayah ambo akan masuk kebun. Ayah ambo petani yang menanam sayur serta tanaman kontan seperti pisang, ubi kayu, ubi setelo, serai dan macam-macam. Pernah juga menanam tembakau.
 
Selain menjadi petani, ayah ambo, Ismail bin Abdullah juga Imam Tua Masjid Mukim Padang Bongor. Semoga ayah damai di sana.
 
Gambar sekadar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan