Sabtu, 28 Januari 2023

KENDURI KESYUKURAN PERSARAAN DIADAKAN MERIAH

 
Bab kenduri memang banyak nama. Kenduri perkahwinan itu paling popular. Ada juga kenduri kesyukuran mendapat anak, kenduri kesyukuran mendapat kerja, kenduri kesyukuran naik pangkat dan macam-macam kenduri lagi.
 
Sekarang ini timbul pula kenduri kesyukuran persaraan. Tidak tahulah di negeri lain, tetapi di Kelantan kenduri kesyukuran persaraan, terutama di kalangan guru, memang sudah menjadi-jadi.
 
Skala kenduri yang diadakan bukan kecil-kecilan. Ada yang buat besar-besaran seakan-akan kenduri perkahwinan. Depan rumah siap ada pasang khemah. Menu hidangan pun bukan kaleng-kaleng.
 
Kalau jiran-jiran tidak tahu, tengok kepada kenduri yang diadakan, tentu disangkakan kenduri kahwin. Kecil hati jiran tidak dijemput kenduri perkahwinan. Terfikir-fikir juga mereka anak yang mana satu berkahwin.
 
Lagi gempak, majlis yang diadakan itu diadakan majlis perarakan siapa dengan setiap yang menyertainya akan berpakaian tradisional atau apa-apa tema yang ditetapkan.

Seperti majlis perkahwinan ada acara bergambar dengan penganting, begitu juga pada majlis persaraan. Tetamu akan mengambil kesempatan untuk bergambar dengan yang bersara. 
 
Meriah betul dan seakan-akan menjadi satu budaya baharu. Tidak tahulah, mengapa majlis persaraan diadakan secara besar-besaran.
 
Adakah yang bersara itu diraikan kerana jasanya atau kerana gembiranya rakan-rakan bahawa dia sudah bersara? Entahlah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan