Sabtu, 18 Februari 2023

JANGAN LUPA KENDURI DI RUMAH AZHAR

Dalam kumpulan WhatsApp ada rakan yang tolong ingatkan tentang kenduri di rumah sahabat pada hari ini.Peringatan itu berbunyi: Jangan lupa kenduri di rumah Azhar hari ini”
 
Jemputan melalui WhatsApp telah dibuat oleh Azhar beberapa kali sebelum ini. Menyedari tentu dia sibuk untuk membuat peringatan, maka ada kawan-kawan lain tolong ingatkan. Saling ingat mengingati.
 
Catatan ambo pada hari ini mudah sahaja. Kenduri di rumah ....sebenarnya ada yang perlu diingatkan di sini. Memang dalam dialek Kelantan sering disebut ‘kenduri di rumah atau make gulai di rumah’.
 
Ia adalah sebutan umum yang difahami tentang kenduri berkenaan. Namun, masalahnya sekarang banyak kenduri sekarang tidak dibuat di rumah. Sebaliknya ia dibuat di hotel, dewan, rumah tumpangan dan sebagainya.
 
Di sebabkan ada yang menyebut “kenduri di rumah”, maka ada yang pergi ke rumah tempat tinggal. Memang tidak ada majlislah. Bahkan tiada seorang pun di rumah kerana semua ahli keluarga berada di tempat majlis.
 
Jadi, kenalah sebut betul-betul supaya tidak keliru. Majlis di rumah dia atau di tempat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan