Hari ini ambo (saya) singgah di rumah mek (ibu). Memang
ambo akan singgah di rumah mek boleh dikatakan setiap hari atau sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Menjadi tugas ambo menghantar mek ke tempat hemodialisi
tiga kali seminggu dan mengambilnya untuk pulang.
Mek ambo selain mengalami kegagalan fungsi
buah pinggang yang menyebabkan dia perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu,
juga ada penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, gout dan kolestrol
tinggi. Pernah juga mengalami serangan jantung.
Satu lagi masalah ialah dia tidak mampu
berjalan kerana pernah terjatuh dan patah bahagian paha yang menyebabkan terpaksa
dibuang bahagian berhampiran dengan penyambung di bahagian punggung. Maaf ambo
tidak tahu nama bahagian itu.
Semenjak pembedahan penggantian dan
penyambungan bahagian berkenaan, mek ambo tidak mampu berjalan dan sentiasa
rasa sakit. Paling ‘baik’ dia hanya boleh berdiri dan melangkah dua tiga
langkah dengan dipimpin atau berpegang kepada sesuatu.
Ditambah pula dengan serangan gout, memang mek
boleh dikatakan tidak dapat berjalan langsung. Sepenuhnya terpaksa berada di
atas kerusi roda dan perlu dibantu jika ingin berpindah ke atas katil atau
sebaliknya.
Paling sukar apabila perlu membawanya untuk
pergi ke tempat dialisis. Hendak masuk dan keluar kereta memang amat sukar. Di
pusat dialisis pula perlu dipindahkan ke penimbang berat, sebelum diduduk di atas
kerusi untuk dialisis.
Eh... panjang pula cerita. Apa yang ambo
ingin kongsikan ialah pada hari ini mek ambo telah boleh melangkah berjalan
dengan baik sehingga melebihi 10 meter tanpa dibantu atau berpegang. Sakit gout
pun hilang.
Alhamdulillah.... berkat pakai stoking
Aulora genap 7 hari. Banyak perubahan positif yang berlaku.
Tadi tidak sempat hendak ambil gambar ....
mungkin kerana gembira sangat. Mek tunjukkan kepada ambo, adik beradik ambo dan
cucu-cucunya bagaimana dia dapat berjalan dengan ‘laju’ tanpa rasa sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan