Jumaat, 21 April 2023

SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KAMI DAN KAMU

  
Menurut ketentuan sunah, pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan "taqaballahu minna wa minkum" yang bermaksud "semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kamu”. 

Selain itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan "minal aidin wal faizin" yang bererti "semoga Allah menjadikan kita orang kembali (fitrah) dan beroleh kemenangan yang besar".

Diceritakan bahawa mengucapkan minal aidin wal faizin itu adalah kebiasaan para sahabat di zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.
 
Namun, dalam masyarakat kita, ucapan yang lebih kerap diucapkan ialah ungkapan "selamat hari raya". Tidak salah ucapan itu, tetapi dalam segi maksudnya tidak membawa apa-apa erti. Kosong. Justeru lebih elok kita ucapkan "taqaballahu minna wa minkum" dan "minal aidin wal faizin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan