Gunung Siku dengan ketinggian 1916 meter
dari paras laut menjadi antara puncak gunung yang menjadi idaman semua mereka
yang minat aktiviti kembara berjalan kaki (hiking).
Gunung Siku yang terletak di Tanah Tinggi Cemeron, Pahang mempunyai hutan
dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ricaceous
atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang menarik dan mempunyai
nilai perubatan.
Akitiviti kembara berjalan kaki bermula awal
pagi sekitar 0700 H atau selewat-lewatnya 0830 H bagi memastikan perjalanan turun
dapat dilakukan pada hari sama.
Masa pendakian mengambil masa sekitar tiga
hingga empat jam. Jadi, selewat-lewatnya pendaki sudah berada di puncak sekitar
pukul 1300 H. Setelah berada sekitar satu jam untuk berehat dan menikmati
pemandangan di puncak bukit, mereka boleh mula bertolak turun sekitar pukul
1400 H dan sempat berada di bawah semula sebelum malam.
Seperti kebanyakkan trek gunung di Tanah
Tinggi Cameron, jalur menuju puncak Gunung Siku berbecak. Disebabkan
kedudukkan gunung ini di tanah tinggi, semakin menghampiri puncak, lebih banyak terdapat hutan lumut. Kebanyakan pendaki akan menghabiskan masa
berfoto di kawasan yang sinonim dengan cerita wayang "Lord Of The
Ring" ini.
Ketika berada di puncak Gunung Siku dengan
keadaan cuaca cerah, dapat dilihat puncak- puncak gunung lain seperti puncak
Gunung Bah Gading, Yong Belar, Irau, Yellow dan beberapa puncak lain di
Banjaran Titiwangsa yang menjadi tunjang dan pasak bagi mengukuhkan kedudukan Banjaran
Titiwangsa.
Sekarang seperti satu fenomina baharu,
pendaki akan berOOTD dengan busana tradisional ketika berada di punca gunung. Mereka
akan membawa pakaian tradisional di dalam beg galas masing-masing dan
memakainya secara dua lapis (tidak menanggalkan pakaian yang dipakai ketika
mendaki).
Jadi, jangan terkejut jika berjumpa dengan
puteri ayu yang berbusana tradisional. Mereka bukan puteri bunian. Mereka
adalah perempuan yang sukakan cabaran dan kelainan dalam merakamkan kenangan
berada di sesuatu puncak gunung atau bukit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan