Meskipun UMNO bekerjasama dengan DAP
melalui Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Kerajaan Perpaduan, pada hakikatnya
UMNO tidak bergabung dengan DAP dalam satu gabungan parti.
UMNO yang menganggotai Barisan Nasional
(BN) tidak dianggap bergabung dengan DAP yang berada di dalam PH, kerana BN
tidak bergabung dengan PH sebagai satu gabungan parti.
Gabungan PH dan BN hanya dalam Kerajaan Perpaduan. Maka, sebagai menghormati kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, maka wujudlah kerjasama UMNO dan DAP.
Sebab itu, pada PRN di enam buah negeri,
UMNO kekal menggunakan lambang BN dan DAP pula menggunakan lambang PH.
Ini berbeza dengan hubungan Pas dan DAP
bersama dalam gabungan Barisan Altenatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) yang berada
dalam satu gabungan parti.
Biarpun UMNO bekerjsama dengan DAP, UMNO tidak pernah berwalak dengan parti itu, sebaliknya kerjasama termeterai bersandarkan syarat.
UMNO berpendirian tidak menjadi 'pak turut'
kepada DAP. Malah, sebelum memutuskan menyertai Kerajaan Perpaduan, UMNO telah
membuat beberapa tuntutan yang perlu dipatuhi atau dipenuhi oleh PH, termasuk
DAP.
Tuntutan itu bagi membolehkan UMNO dapat terus
melaksanakan agenda berasaskan Islam dan Melayu, sekali gus menunjukkan prinsip
dan pegangan yang menjadi perjuangan selama ini tidak tergadai semata-mata
untuk mengikut telunjuk DAP ekoran kerjasama itu.
Kerjasama UMNO dengan DAP bersyarat. Setakat ini, syarat yang ditetapkan tidak dibantah oleh DAP. Kerjasama UMNO
dalam Kerajaan Perpaduan berjalan baik kerana saling menghormati. Jika ada isu
berbangkit, ia segera dibincangkan dan diatasi.
Tohmahan bahawa UMNO mengesampingkan agama
juga lari jauh dari realiti. Hakikatnya, UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ini
berjaya mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan untuk dana sejumlah RM1.5
billion kepada JAKIM, yang disalurkan kepada pelbagai institusi Islam, termasuk
peruntukan RM150 juta untuk melaksanakan Dasar Tahfiz Negara.
Usah dilupa juga program Maahad Tahfiz TVET
dan Ulul Albab di MRSM. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO dalam
menjaga keistimewaan Islam di Malaysia.
Gabungan PH dan BN hanya dalam Kerajaan Perpaduan. Maka, sebagai menghormati kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, maka wujudlah kerjasama UMNO dan DAP.
Biarpun UMNO bekerjsama dengan DAP, UMNO tidak pernah berwalak dengan parti itu, sebaliknya kerjasama termeterai bersandarkan syarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan