Jumaat, 21 Julai 2023

BIARPUN PENAT TERUSKAN JUGA

  
Kehidupan ini memang memenatkan. Buatlah apa sahaja pasti memenatkan. Apa lagi jika melakukan perkara yang boleh menyebabkan kepenatan itu lebih cepat berlaku.
 
Jadi, jika bercakap tentang penat dan letih, itu tidak dinafikan dialami sesiapa sahaja. Bezanya bagaimana kita berusaha untuk bersikap positif. Menukar perasaan letih kepada perasaan yang yakin bahawa kepenatan yang dialami itu bermakna sedang menuju sesuatu yang lebih baik.
 
Sentiasalah yakin di atas segala cabaran, masalah dan kepayahan ini pastinya satu hari nanti akan ada pengakhirannya. Tidak kisahlah  sama ada kamu berusaha dan berjaya atau kamu berusaha dan gagal lagi dan lagi. Berusaha itu kerja kamu tetapi takdir kejayaan atau kegagalan itu kerja Allah SAW.
 
Kamu buat sajalah kerja kamu dan biarkan takdir yang menentukan nasibmu! Yakinlah bahawa usaha mencari kebaikan tidak pernah sia-sia. Jika tidak mendapat kebaikan itu di dunia, pasti Allah memberinya balasan kebaikan di akhirat nanti.
 
Apa yang kita lakukan bukan untuk kejayaan di dunia semata-mata. Balasan di akhirat nanti lebih penting berbanding apa yang diperoleh di dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan