Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang mendoakan.
Maaf Acu tidak sempat hendak balas satu-satu. Tetapi, Acu ulang baca setiap
komen doa dari sahabat-sahabat. Setiap kali itu jugaklah harapan untuk terus
berjuang dan terus kuat bertambah. JazakalLahu khairan kathira. Allah sahaja yang
dapat membalasnya.
Menulis bukan saja-saja.. tetapi memenuhi
hajat si suami yang berusaha menulis 'sharing' di FBnya. Nampak dia termenung
tiap kali hendak mula menaip. Tidak tahu apa yang bersarang dalam kepalanya..
Tidak tahu apa yang terbuku dalam hatinya. Jadi Acu sekadar apa yang datang di minda
Acu ketika ini. Moga ada manfaat baginya.
Terima kasih ahli keluarga, saudara mara
dan sahabat-sahabat ynhg datag ziarah. Ada yang tidak sempat jumpa sebab
semalam KA (panggilan kenalan suami) perlu menjalani minor operation untuk masukkan
stent ke dalam usus.
Lewat petang semalam KA sudah dibenarkan
keluar wad. Kebetulan abang KA dan adik iparnya datag, jadi terus hantar kami
pulang. Terima kasih. Jugak kakak-kakakku yang bergilir-gilir ambil dan jaga
anak-anak sepanjang kami di hospital. Moga kalian dikurniakan kesihatan dan
kebaikan dunia akhirat.
Suara doktor pakar petang semalam masih
terngiang di telinga. Masa tu, otak dah melayang jauh. Fikiran jadi blur. Tiada
kata yang keluar dari mulut ni. Angguk pun tidak. Hanya pandangan kosong pada
mata doktor. Masa ni, KA pergi solat. Tinggal aku sorang-sorang kat situ dengan
doktor pakar dan sekumpulan doktor-doktor muda. Mungkin doktor pelatih.
Anda ikata ada WhatsApp yang tidak terbalas,
mohon maaf dari Acu sekeluarga. Banyak masa perlu dikorbankan. Klu tanya.. tidak
mahu baking doh ko.. aduhhh.. rindu sangat nak baking ni. Tetapi itulah..
masa sangat terbatas buat masa ni. Rindu sangat! Tengok wall sahabat-sahabat semua
dari bulan puasa sampai lani.. tidak berhenti-henti masuk tempahan. Tumpang
bersyukur dan happy. Moga terus murah rezeki.
Dalam hati ini tiada yang lain melainkan
nok tengok KA sembuh dari penyakitnya dan sihat seperti dulu semula. Ya Allah
beri kami peluang untuk mendidik anak-anak kami sama-sama.. Bagi kami peluang
memikul amanah-Mu bersama-sama.. Tidak mampu nok buat sorang diri rasanya.
Sekadar coretan dari tingkat 2 HPRZ 2, wad
29 katil 18. Mohon halal dan maafkan semua salah dan silap kami selama kita
kenal.
Catatan FB Aisyu Idris (19 April 2024)
----
Kemas kini - KA telah meninggal dunia pada 16 Mei 2024.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan