Sabtu, 20 April 2024

SUKAR CUKUPKAN BERGAMBAR 16 BERADIK

 
Kami ada 16 orang adik beradik seibu sebapa. Bapa meninggal tahun 2000 dan ibu pula tahun 2023. Hubungan kami adik beradik baik-baik sahaja. Tidak ada gaduh-gaduh atau saling memulau. Sentiasa tolong menolong dari segi masa, pengetahuan, tenaga dan kewangan.
 
Hanya satu masalah sahaja, amat sukar untuk kami berkumpul sepenuhnya 16 adik beradik. Daripada 16 orang, sembilan orang tinggal di Kelantan dan selebihnya di luar Kelantan iaitu masing-masing seorang di Sabah, dua (Perak), satu (Pahang), dua (selangor) dan satu di Terengganu.
 
Aidilfitri 2024, hanya 11 orang sahaja dapat bergambar bersama-sama. Seorang lagi ada di Kelantan, tetapi semasa bergambar tidak ada di situ.
 
Bermula sebelah kanan (duduk) anak sulung dan ke kiri ikut susunan. Kemudian berdiri dari sebelah kanan ke kiri. Abaikan budak di barisan hadapan paling kanan.
 
Jadi, ruangan yang kosong itu adalah yang tidak dapat bergambar bersama-sama iaitu barisan hadapan adalah nombor tiga dan empat. Nombor tiga tinggal di Kelantan dan hadir, tetapi terpaksa pulang awal kerana ada keperluan lain.
 
Nombor empat tidak dapat pulang kerana ada urusan lain yang perlu diuruskan. Barisan belakang, selepas nombor tiga (ruang kosong) adalah anak nombor 10 dan 11. Nombor 10 bertugas di Ranau, Sabah sempat pulang seminggu sebelum Aidilfitri dapat ziarah adik beradik dan sanak saudara. Nombor 11 pula pulang seminggu selepas Aidilfitri. Nombor 13 (ruang kosong antara perempuan) tidak pulang kerana suami tidak dapat cuti panjang.
 
Tidak kisah kalau tidak dapat bergambar bersama-sama, asalkan kami adik beradik dapat terus berhubung sebagai adik beradik dengan rasa kasih sayang, saling menghormati dan bantu membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan