Rabu, 5 Jun 2024

JEJAMBAT WAKAF BHARU ATASI KESESAKAN LALU LINTAS

 
Jejambat Wakaf Bharu adalah projek berimpak tinggi dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas di pekan Wakaf Bharu. Projek bernilai RM 97.6 juta ini telah mula dibina pada 19 Februari 2018 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2023. Laluan ini telah disempurnakan perasmiannya pada 27 Jun 2023.
 
Antara keistimewaan projek ini adalah ia merupakan projek rintis bagi pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) dalam pembinaan projek jalan dan jambatan. Kaedah penggunaan BIM dalam projek jalan mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan kerana kaedah ini menyeragamkan reka bentuk dan mempercepatkan tempoh pembinaan.
 
Projek Persekutuan ini dilaksanakan bagi menyuraikan trafik di Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor terutamanya di sekitar Bulatan Wakaf Bharu yang sering mengalami kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak sebelah pagi dan petang serta sewaktu musim perayaan.
 
Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina dan telah meningkatkan tahap keupayaan jalan, Level of Service (LOS) dari tahap F ke tahap C yang membawa maksud kelancaran trafik berjaya ditingkatkan.
 
Projek itu melibatkan skop:
-  Membina jejambat jalan berkembar empat lorong melintasi Bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu – Pengkalan Kubor) sepanjang 470 meter;
- Pelebaran dua jambatan sedia ada iaitu Jambatan Atas Rel sepanjang 26.2 meter dan Jambatan Alor Kedemit sepanjang 25 meter.
- Menaik taraf Bulatan Wakaf Bharu sedia ada kepada persimpangan berlampu isyarat;
- Pemasangan perabot jalan;
- Pengambilan balik tanah; dan
- Kerja-kerja pengalihan utiliti; dan
- Projek rintis bagi pelaksanaan projek jalan secara BIM
 
Antara keistimewaan projek ini adalah ia merupakan projek rintis bagi pelaksanaan BIM dalam pembinaan projek jalan dan jambatan. Kaedah penggunaan BIM dalam projek jalan mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan kerana kaedah ini menyeragamkan reka bentuk dan mempercepatkan tempoh pembinaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan