Budak penjual kuih jadi panglima.
Siapa sangka budak penjual kuih sekitar tahun 1982 kini
sudah menjadi panglima. Itulah kata bijaksana, jangan lihat masa silam, tetapi
lihat masa kini.
Kita tidak nampak nasib seseorang, terutama kanak-kanak pada
masa depan. Tiada tanda di badan untuk menilai nasib seseorang.
Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah menusia tiada
siapa tahu.
Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Hafizal bin
Hashim ada pengalaman tersendiri ketika zaman kanak-kanaknya.
Ayahnya, Hashim adalah veteren tentera di Kor Semboyan
Diraja. Pernah menjadi jurulatih semboyan di Cawangan Kombat, Kem Sungai Besi.
Ketika itulah Hafizal dan abangnya yang bernama Zainol akan
keliling kawasan kem untuk menjual kuih.
Kedua-duanya memang dikenali di kalangan penghuni kem dan
juga mereka yang mengikuti latihan semboyan di situ.
Masa berlalu, namun ada kenangan yang ingat-ingat lupa.
Itulah pengalaman dilalui oleh dua orang veteren Semboyan yang tidak menyangka
akan bertemu kembali dengan budak penjual kuih yang tidak ditemui sejak kira-kira
40 tahun lalu.
Ini catatan Hafizal di Facebooknya:
"2 Veteran Semboyan menegur. Mereka macam familiar dengan
nama Panglima 13 Bgd yang diumumkan semasa perbarisan HUT 5 Div di Kem Lok
Kawi, Kota Kinabalu.
"Nama tu tak asing macam sama dengan "Budak"
yang jual kuih di Cawangan Kombat, Kem Sg Besi semasa mereka masih berkursus.
" Budak Apperentis Semboyan". Ya.. Sayalah "budak" yang
jual kuih tu.. Anak Encik Hashim "Comot... "
Tulis Hafizal lagi di ruangan komen: "Dia kata meremang
bulu roma kena peluk dengan Budak Jual Kuih ....hahahah"
Di ruang komen ada yang meninggalkan komen: "Nak Tanya
Hashim comot ni jurulatih jsp ke semasa itu pangkat sjn thn awal tahun 82. Maaf
jika Salah.Tahniah buat Tuan panglima penjual Kueh.
"Seorang lagi yang jual kueh danan nasi lemak anak askar
juga Sjn Abu Hassan rumah Jalan Merdeka 1 Panglima juga laksamana pertama Ahmad
Nazree Abu Hassan bertugas sebagai Panglima Selam di TLDM Lumut.
"Tahniah kepada kedua-dua ex pelajar Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Tentera Darat (SKPTD) Sungai Besi".
Abang Hafizal turut meninggalkan komen: "Dan saya abangnya
budak yang jual kuih di Kem Sungai Besi tu turut menjual kueh bila cuti
sekolah, brother apparantis tu suka mengusik tanya kueh tu akak ke mak yang
buat?? Ha..ha..ha.."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan