Sejarah 9 RAMD (Para).
Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 September
1965 di Kem Majidee, Johor Bahru.
Sejarahnya bermula apabila satu kumpulan Markas Pasukan
telah bertapak di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor. Pegawai Memerintah pertama
adalah Leftenan Kolonel Mahmood bin Sulaiman.
Pada 31 Dis 1965 Kompeni Markas dan Kompeni Alpha
ditubuhkan. Ini diikuti dengan Kompeni Bravo pada 05 Mac 1966 dan diikuti
Kompeni Cherlie serta Kompeni Delta sesuai dengan organisasi Batalion Infantri
telah ditambahkan menjadi kepada empat kompeni.
Semasa gerakan menentang pengganas komunis, 9 RAMD telah
berjaya membunuh seramai 38 anggota komunis dan menawan 16 yang lainnya.
Kejayaan dan kecemerlangan ini telah dicatatkan di Sarawak
di sepanjang tahun 1972 hingga 1974. Kejayaan ini merupakan satu kecapaian
tertinggi yang pernah dicapai oleh satu-satu Batalion Infantri ketika menentang
penganas komunis.
Batalion ini telah dianugerahkan Panji-Panji Diraja pada 22 Mac 1975 di Kem
Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Sejajar dengan rancangan pengstrukturan Tentera Darat (TD) atau lebih dikenali
dengan projek permodenan TD 2000 bagi mempersiapkan satu Angkatan Darat yang
berkeupayaan menghadapi ancaman-ancaman mendatang pada abad ke 21, 9 RAMD telah
dikenal pasti untuk ditransformasikan daripada sebuah batalion standand kepada
sebuah batalion infantri para.
Justeru itu pada bulan Dis 1992, pasukan ini telah diatur gerak
dari Kem Quetter, Kluang Johor ke Kem Terendak, Melaka untuk diletakkan dibawah
naungan 10 Bgd Para.
Pada 13 Dis 1992, TD dengan rasminya mengeluarkkan arahan KP/TD/P&P/4019/3.
Mulai dari tarikh itu, batalion ini dikenali sebagai Batalion Kesembilan
Rejimen Askar Melayu Diraja Para (9 RAMD Para).
Pasukan diberi tempoh setahun untuk berlatih dan mencapai
tahap operasi penuh. Pada 01 Jan 1995,
pasukan berjaya mencapai 70 peratus anggota payung terjun dan telah beroperasi
sepenuhnya sebagai sebuah Batalion Infantri Para di bawah naungan MK 10 Bgd
Para.
Antara fungsi Batalion Infantri Para ialah mana-mana peperangan, pasukan akan
ditugaskan untuk melakukan operasi tempur infantri melalui pergerakan terjun
udara sama ada waktu siang atau malam di dalam operasi- operasi taktikal atau
pun strategik.
Batalion ini pernah terlibat dalam Misi Tugas Bersama di Timor Leste pada 25
Mei 2006 hingga 29 Ogos 2006 yang mana negara tersebut menghadapi perebutan
kuasa Presiden.
Pasukan telah berjaya meleraikan pergolakkan di dalam negara
berkenaan. Kejayaan tersebut mendapat pujian Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam melaksanakan tugas di sana.
Pada 01 Julai 2008, 9
RAMD Para telah diiystiharkan sebagai pasukan Infantri Standart kepada pasukan
Infantri Standart Para.
Pengiystiharan ini telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Muhammad
Ismail bin Jamaluddin.
Perasmian ini juga melibatkan 17 RAMD Para dan 8 RRD Para
yang berada di bawah naungan 10 Bgd Para. Perbarisan perasmian ini telah
dilaksanakan di Padang Kawad 8 Rejimen Renjer DiRaja Para Kem Terendak Melaka.
Batalion ini terkenal dengan moto “ Sembilan Tak Kenal Menyerah “ yang
bermaksud pasukan ini pantang menyerah kalah apabila berhadapan dengan musuh
yang dihadapinya dan akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir
walaupun berada dalam keadaan yang tertekan.
Gambar - Tiga orang pegawai Kompeni Alpha tahun 1995,
antara pegawai awal ketika batalion diiystiharkan sebagai pasukan Para. Lt Muzafar
(paling kiri), Mej Rosli (tengah) dan Khairul Azmizal (kanan)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan