Kisah Dogpy anjing kurap jadi kawan baik sudah masuk siri 3. Namun, siri ini ambo tidak mahu kisahkan tentang Dogpy seperti dua siri sebelum ini. Kisah Dogpy akan disambung pada siri seterusnya.
Kisah
kali ini disalin dari satu akaun FB yang juga menyalin dari satu akaun FB lain.
Jadi, ambo hanya mencatatkan nama yang asal sahaja.
Catatan
ini rasanya pada tahun 2016. Kisah mengenai nasib anjing kurap. Kisahnya....
Rasanya
hampir lebih 6 tahun anjing ini menumpang teduh di kawasan rumah. Dulu.. semasa
Sara masih bayi, bilaku berjalan menyorong Sara di dalam stroller pagi dan
petang... anjing ini setia menemani. Berjalan mengiringi kami, seolah kami ini
tuannya..
Anjing
ini sedar dirinya... walaupun mengiringi kami dia tidak sekali sekali akan
menyentuh kami dan apa lagi bermanja dan meminta untuk dibelai... dia masih
tahu batasannya..
Kadang
ketika hujan, dia kebasahan dan menumpang teduh di rumah .... ku serba salah
nanti bulunya basah, dan menjadi najis pula pada kami.. ku pandang wajahnya..
dia mengerti pandanganku itu.. dia pun berlalu pergi dalam hujan yang lebat
mencari tempat berteduh.. habis basah kuyup bulunya..
Ku
cuma mampu berdoa didalam hati supaya anjing itu dapat berteduh di tempat yang
sesuai. Semoga anjing itu selamat..
Satu
hari, anjing itu datang beteduh, jalan berdincit dincit, Allah, kaki
belakangnya cedera, entah luka, entahkan patah.. memandang sayu ke wajahku
seperti ingin mengadu kesakitannya...
Luluh
hatiku... air mata bergenang, Allah.. apa yang harus ku lakukan? Bagaimana
harus ku rawat anjing ini? Kalau kucing boleh juga ku bawa ke klinik, ini
anjing, saiznya besar, anjing dewasa yang besar. Mana mungkin aku boleh
membawanya didalam kereta untuk dibawa ke klinik...
Beberapa
hari kemudian, lama juga tidak ku lihat bayang bayangnya.. terdetik dalam hati
kecilku, mana anjing itu? Dah mati kah? Ada kesedihan dihati.. ternampak nampak
dimata renungan anjing itu, melihat ke dalam matanya.. pandangannya yang redup.
Dan seolah minta dikasihani..
Yang
pelik tu, kenapa rumahku? Kenapa dalam banyak banyak kawasan perjiranan ini dan
rata rata berbangsa Cina dan tidak ada pantang memelihara anjing, rumahku juga
yang menjadi pilihan?
Satu
hari, ku ingin menghantar anak sekolah, dah terlambat, ku kelam kabut, tergesa
gesa, ketika mengundur kereta ke belakang. Entah macam mana aku boleh terlupa
memandang ke belakang. Tak semena mena anjing itu berlari sambil menyalak, aku
terperanjat dan berhenti..Allah ada kereta yang sedang laju di belakang
keretaku. Syukur aku berhenti, kalau tidak entah apa yang terjadi...
Allah,
anjing itu cuba menyelamatkan ku rupanya.. Syukur Alhamdulillah.. terima kasih
anjing... hatiku sebak..
Anjing
itu masih setia menunggu di depan rumah, kelihatan bulunya mulai gugur, bersama
kepingan kurap yang telah jatuh apabila dia menggaru. Allah kasihannya, pasti
gatal.
Tadi,
selepas jemput Sara dari sekolah, ku singgah di Pet Shop untuk membeli makanan
kucing, sempat juga ku bertanyakan kepada pekerja di situ apakah ubat yang
sesuai diberikan untuk anjing yang ditumbuhi kurap?
Ada
sedikit rezeki, ku belikan juga makanannya bersama ubat gatal untuk dicampur
didalam makanannya. Sekejapan habis makanannya. Sebelum dia pergi, dia
memandang sayu ke wajahku.. seperti ingin mengucapkan terima kasih.
Ada
seekor lagi anjing yang bersaiz besar, bulunya lebat, manja dan tidak bertuan,
memang cantik. Jiran Cina di rumah sering membelai dan berikan makanan, kadang
kadang dipeluk dan diberi tempat berteduh. Tapi apabila anjing yang kurus dan
berkurap itu datang meminta sedikit makanan, ia dihalau dan dihambat dengan
penyapu... ku pandang dari jauh... kasihannya.
Entahlah..
kenapa aku terpanggil untuk menulis coretan ini, sekadar ingin berkongsi luahan
rasa. Walaupun dia adalah anjing tapi dia juga adalah makhluk Allah, masih ada
rasa sayangku pada dia. Walau tidak pernah dibelai walau tidak pernah diucap..
hati ini tetap merasa..
Semoga
dirimu selamat dan diberi kesihatan yang baik..
-
Pn Zamzam Khan
Siri yang berkaitan:
ANJING KURAP JADI KAWAN BAIK – SIRI 1
ANJING KURAP JADI KAWAN BAIK - SIRI 2
ANJING KURAP JADI KAWAN BAIK – SIRI 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan