Rabu, 2 Mac 2022

MAKSUD ‘DEH’ DIALEK KELANTAN

 
Dalam glosari dialek Kelantan terdapat perkataan ‘deh’. Maksud ‘deh’ ialah mendedahkan atau membiarkan sesuatu yang seharusnya terselindung atau tertutup.

Contoh ayat dalam dialek Kelantan; tok baek mung dok deh rambok mung tu ko ore. Maksud dalam bahasa baku; tak baik kamu mendedahkan rambut kamu tu kepada orang.

Istilah deh juga adalah perkataan bunga bahasa yang bermaksud pujukan, seruan dan harapan. Perkataan itu biasanya dituturkan di belakang sesuatu ayat sama ada untuk memintaan sesuatu dilakukan, memohon restu atau persetujuan.

Contoh ayat dalam dialek Kelantan: cukuplah deh makenya. Maksud dalam bahasa baku; berhentilah makan (dengan memujuk agar berhenti makan atau ingin menyatakan bahawa sudah kenyang dan perlu berhenti makan). 

Di Rantau Panjang, Kelantan, ada sebuah kampung dikenali Kampung Tok Deh. Tidak pasti pula asal usul nama kampung tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan