Isu ketiadaan bekalan telur ayam di pasaran sering terjadi.
Itu tidak termasuk harga yang tidak stabil sehingga menggusarkan pengguna.
Satu cara mengatasi masalah tersebut ialah memelihara
sendiri ayam penelur secara kecil-kecilan. Tidak perlu reban besar. Sudah
memadai sangkar kecil yang diletakkan di tepi rumah.
Hasilnya, dapat menikmati telur segar setiap hari dan jimat
belanja. Hanya perlu sedikit modal dan usaha. Selain peroleh hasil telur, ia
mendatangkan rasa kepuasan dan sebagai aktiviti riadah santai.
Dengan hanya 6 ekor ayam penelur, sudah dapat memenuhi
keperluan telur keluarga. Ayam penelur terkenal dengan produktiviti tinggi dan
mampu memberikan pulangan dalam tempoh singkat jika dijaga dengan baik.
Memelihara ayam penelur tidaklah sesukar yang disangka. Apa
yang mereka perlukan hanyalah sangkar atau reban yang bersih dan selesa,
makanan yang seimbang, serta akses kepada air bersih.
Untuk meningkatkan kualiti telur, anda boleh menambah makanan
seperti sayur-sayuran atau biji-bijian. Dengan penjagaan rapi, seekor ayam
mampu menghasilkan telur hampir setiap hari, menjadikan usaha ini sangat
berbaloi.
Bayangkan, dengan 6 ekor ayam, anda boleh mendapatkan
sekitar 150 hingga 180 biji telur sebulan. Cukup untuk keperluan memasak
seharian atau bahkan lebih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan