Ikan bayan adalah jenis ikan air masim yang
banyak terdapat di Malaysia, terutama di kawasan batu karang dan padang rumpai
laut. Dinamakan ikan bayan kerana bahagian mucung kontot, selain berwarna warni
yang menyerupai burung bayan atau juga dipanggil burung kakaktua dan burung
nuri. Sebab itu dalam bahasa Inggeris, ikan bayan dipanggil “parrot fish”.
Menariknya ikan bayan mempunyai pelbagai warna yang akan berubah mengikut usia dan jantina. Ikan ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz serta mempunyai sekurang-kurangnya 90 spesies.
Ikan kakaktua sangat terkenal di dalam kalangan nelayan kerana keunikan warnanya dan rasanya yang sedap. Walau bagaimanapun, spesies ikan bayan ini sangat terancam kerana banyak nelayan yang menangkapnya atas permintaan ramai.
Ikan bayan mempunyai fungsi yang besar dalam ekosistem laut. Sebab itu usaha untuk mengurangkan penangkapan ikan bayan perlu dilakukan.
Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang. Rrumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari..
Jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan bayan, maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.
Ikan-ikan jenis ini dikenal pasti dari muncung kontot yang amat menonjol berbanding yang ada pada ikan-ikan lain. Banyak spesies ikan bayan merupakan herbivor yang memakan alga dibolehkan dari bentuk muncung yang membantu menggelupas alga dari batu-batu karang.
Ikan bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan batu karang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan