Kejayaan seorang
pendaki sebenarnya bukan apabila sampai di puncak. Sebaliknya, kejayaan sebenar adalah apabila sampai
semula di tempat dia bermula mendaki. Puncak itu hanya pertengahan.
Jadi, mendakilah mengikut kemampuan
masing-masing. Lakukan dengan cermat dan sabar. Berhati-hati dalam usaha untuk
ke puncak.
Apabila berada di puncak, ingatlah bahawa
kita tidak boleh atau tidak mungkin selama-lamanya di puncak. Ingatlah, bahawa
kehidupan kita sebenar adalah di bawah. Di mana tempat yang kita selesa dan ada
kehidupan di situ. Ada keluarga dan kawan-kawan.
Ketika kita berada di puncak, tidak banyak
yang dapat bersama kita. Hanya beberapa orang yang bersama. Itupun, dalam banyak
kes, orang yang bersama-sama kita di puncak ada matlamat masing-masing. Dia
tidak pedulipun kita. Dia akan turun semula ke bawah seperti kita ingin turun
ke tempat asal.
Biarpun telah sampai di puncak, ingatlah
kita bermula di bawah dan akan pulang untuk meneruskan kehidupan di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan