Ini
Jalan Masjid Padang Bongor. Namun ada juga yang menulis nama jalan ini sebagai
Lorong Masjid Padang Bongor.
Mengikut
definisi Dewan Bahasa, 'lorong' adalah jalan yang biasanya ada rumah di kiri
kanannya. Ia juga merujuk kepada jalan kecil.
Manakala
perkataan 'jalan' pula adalah kata nama yang bersinonim dengan jalan raya,
lebih raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan,
latisan. landasan, rua, ban.
Kalau
mengikut definisi Dewan Bahasa itu boleh digunakan perkataan ‘lorong’ dan ‘jalan’.
Hanya
pada kebiasaan dalam penggunaan harian, jalan merujuk kepada laluan lebih besar
berbanding lorong.
Kembali
kepada Lorong Masjid Padang Bongor atau Jalan Masjid Padang Bongor adalah
laluan dari Jalan Pengkalan Chepa menuju ke Jalan Kadir Adabi atau dahulunya
dikenali Jalan Hospital.
Tetapi,
tidak keseluruhan laluan itu dipanggil Jalan Masjid Padang Bongor. Hanya separuh
sahaja, tetapi tidak pasti di mana tempat berakhir nama Jalan Masjid Padang Bongor
sebelum ‘diambil’ oleh Lorong Masjid Takwa dan Lorong Sekolah Islah.
Jalan
tersebut mula ditar pada tahun 1979 atau 1980 setelah beberapa tahun Kelantan
diperintah BN.
Nama
Jalan Masjid Padang Bongor bermula sekitar tahun 1980 apabila ia mula digunakan
sebagai alamat surat menyurat.
Dinamakan
Jalan Masjid Padang Bongor kerana dilaluan tersebut terdapat Masjid Mukim
Padang Bongor.
Alamat
pertama menggunakan ‘Jalan Masjid Padang Bongor’ ialah 4320, Jalan Masjid Padang
Bongor, 15400 Kota Bharu. Ia mula digunakan pada tahun 1980.
Sebelum
itu alamat kediaman yang berada di sepanjang jalan tersebut ialah peti surat
atau nombor diikuti dengan Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Malah
kawasan itu lebih dikenali Kampung Batu 2 Jalan Pengkalan Chepa di kalangan
penduduk setempat.
Nama
lain yang pernah digunakan untuk merujuk kepada nama jalan itu ialah ‘Lorong
Gok Tebakau’ (Lorong Rumah Asap Tembakau) kerana di jalan itu ada satu 'gok' tembakau
yang agak popular juga pada masa dahulu.
Memandangkan
alamat 4320, Jalan Masjid Padang Bongor baharu digunakan, banyak surat ketika
itu dihantar ke Kampung Padang Bongor, Binjai, sebelum dihantar kembali di
alamat sebenar.
Sejarah
nombor 4320 bukan nombor lot tanah. Tetapi ialah adalah satu nombor pendaftaran
kereta yang tercabut dan ditemui di tempat pembuangan sampah Majlis Perbandaran
Kota Bharu di Kampung Beris Jambu Panji.
Tidak
pasti pula abjad di hadapan 4320 itu. Sama ada DA, DB, DD, DE, DF, DG, DH atau
DJ. Ia tidak DK dan ke atas kerana pada tahun itu hanya baru masuk plat DJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan