Isnin, 4 Julai 2022

APA MAKSUD ‘PELUNGGO’ DIALEK KELANTAN

 
Pelunggo adalah kayu yang dipacakkan ke tanah (untuk mengikat lembu dan lain-lain). Pelunggo diperbuat daripada kayu jenis keras. Ada juga diperbuat daripada batang nibung. Panjangnya kira-kira 30 sentimeter.

Nama lain pelunggo dialek Kelantan ialah 'nyachey' dan 'nyacang'. Di tempat lain ada nama lain seperti sendong, tumang, cendung, pancang, bentol dan lain-lain. 

Bahagian atas akan dibuat ‘leher’ kira-kira 3 sentimeter dari ‘kepala’. Di bahagian ‘leher’ itulah diikatkan tali lembu agar tidak mudah terlucut.

Bahagian kepala lebih besar, semakin kecil sehingga bahagian bawah berbentuk tajam.

Pelunggo akan dipacakkan ke tanah dengan dipijakkan dengan kaki jika kawasan tanah agak lembut. Penggunaan kayu atau benda keras digunakan untuk memacakkan pelunggo di tanah keras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan