Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Guru.
Biarpun aku bukan guru, tetapi sebagai bekas pelajar dan tanda menghormati
guru, Hari Guru memang diingati.
Dan tarikh 16 Mei juga bakal aku, adik beradik dan tentu
sekali kepada anak saudara yang bernama Muhammad Ahnaf, Muhammad Aqel, Muhammad
Asyraf Rifqi dan Ahmad Wafiy, iaitu anak kepada Khairul Anuar bin Ismail ingat
tarikh tersebut.
Pada 16 Mei 2024, adik aku, Khairul Anuar bin Ismail, menghembuskan
nafas terakhir meninggalkan isteri, Afizan binti Idris, akibat komplikasi
kanser hati dan kanser usus, yang hanya dikesan tiga bulan sebelum itu yang
sudah berada di tahap lima.
Pada bulan Mei juga, setahun sebelum itu, atau tepatnya 4
Mei 2023, aku kehilangan ibu, Fatimah binti Jusof, akibat komplikasi masalah
buah pinggang, jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Janazah ibu dan adik aku disemadikan bersebelahan di Tanah
Perkuburan Baru Kampung Paya Bemban, yang juga menjadi pusara kepada ayah aku
Ismail bin Abdullah yang meninggal pada tahun 2000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan