Khamis, 24 Oktober 2019

BOUSTEAD MILIK LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

Syarikat Boustead Holdings merupakan syarikat utama dan pelaburan utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Biasanya, Boustead akan bayar dividen kepada LTAT dan LTAT pula akan bayar dividen kepada ahli-ahlinya.

LTAT baru mengumumkan dividen 2% untuk tahun 2018 - iaitu paling rendah dalam sejarah.

Sebab utama ialah prestasi pelaburan-pelaburan utama LTAT terutamanya Boustead, telah merosot akibat pasaran saham dan ekonomi menjunam selepas PRU14.

Tahun 2017, Boustead bayar dividen 11 sen untuk setiap saham.

Tahun lepas 2018 pula, Boustead cuma bayar 5 sen.

Paling malang ialah untuk separuh pertama tahun 2019 (Suku 3 dan suku 4 belum tiba masa untuk umum), Boustead masih belum mampu bayar apa-apa dividen.

Ini sangat membimbangkan.

Kalau Boustead tak bayar apa-apa dividen kepada LTAT, bagaimana pula LTAT mampu bayar dividen kepada ahli-ahlinya?

Bukan sekadar dividen Boustead yang menurun tetapi harga saham Boustead juga telah menjunam.

Sebelum PRU14, harga satu saham Boustead hampir RM3.

Semasa mengumumkan dividen tahun 2018 pada bulan lepas, harga saham telah menjunam ke RM1.05 sen.

Dan hari ini (24 Okt 2019) turun lagi ke 95 sen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan