Isnin, 8 Februari 2021

PROGRAM CAKNA VETERAN ATM

Sebaik dilantik menjadi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan antara perkara yang menjadi perhatian beliau ialah kebajikan Veteran ATM. Perkara ini sekali lagi diulangi ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2021 bagi bagi Kementerian Pertahanan.

Penekanan kepada kebajikan Veteran ATM amat wajar sebagai menghargai sumbangan jasa mereka ketika dalam perkhidmatan dahulu. Golongan ini telah menumpah taat setia dan pengorbanan yang amat besar nilainya bagi memastikan keadaan negara selamat dari segala bentuk ancaman.

Ismail Sabri memperkenalkan Bantuan Veteran ATM Terlantar dan Kad Kesihatan Pesakit Luar di klinik swasta untuk Veteran ATM. Bantuan tersebut amat memberi manfaat kepada veteran yang mengalami masalah penyakit kornik sehingga tidak mampu melakukan apa-apa kerja, kecuali terlantar di rumah.

Untuk itu, Ismail Sabri memperhebatkan Program Cakna Veteran ATM iaitu lawatan kebajikan ke atas veteran-veteran ATM dan menyampaikan bantuan sewajarnya.
Bagaimanpun, untuk masa sekarang progam tersebut amat terbatas disebabkan ancaman Covid-19.

Program Cakna Veteran ATM dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Bekas Tentera setempat dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Berdasarkan rekod sehingga 30 Julai lalu, keseluruhan jumlah veteran ATM dan tanggungan ialah seramai 306,900 orang.

Ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu seramai 102,559 orang adalah veteran berpencen, 180,395 orang veteran tidak berpencen manakala 23,946 orang adalah penerima pencen terbitan (balu veteran ATM).

Daripada jumlah veteran tidak berpencen, hanya 95,933 orang sahaja telah mendaftar selain mempunyai rekod lengkap sementara baki 84,462 masih tidak mendaftar.

Gambar: Program tahun 2020 sebelum diwajibkan pemakaian pelitup separuh muka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan