Khamis, 12 Mei 2022

MAKAN CARA BERADAB

 
Makan ada adabnya. Kalau di majlis jamuan besar atau melibatkan pembesar negara, ada protokal di meja makan perlu dipatuhi.

Perkara paling penting adab ketika makan ialah jangan gelojoh. Ambil makanan secara cermat agar tidak tumpah. Gunakan senduk atau sudu yang disediakan. Sudu yang digunakan hanya dikhususkan kepada hidangan tertentu sahaja. Jangan digunakan untuk lauk atau kuah yang lain.

Ketika mengambil hidangan, ambil yang dekat dahulu. Jika keduduknnya jauh dan sukar dicapai, minta tolong rakan angkatkan pinggan atau bekas itu dihulur kepada kita.

Jika menggunakan meja yang boleh dipusing bahagian atasnya, pastikan ketika hendak dipusingkan tidak ada orang lain yang sedang menceduk atau mengambil hidangan.

Pastikan saiz makanan yang disuapkan ke mulut berukuran kecil, melainkan yang perlu digigit yang diputuskan daripada bahagian yang besar. Pastikan yang diputuskan sudah ‘milik’ kita seorang. Bukan untuk diletakkan kembali dikongsikan dengan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan