Ahad, 5 Jun 2022

RESTORAN RIVERVIEW MEDAN IKAN BAKAR

 
Menjamu selera bukan sahaja tentang cita rasa makanan. Namun, turut menjadi faktor penting ialah suasana dan pemandangan yang ‘terhidang’ di situ.

Salah satu lokasi menarik ialah di Medan Ikan Bakar (MIB) Kedai Buloh terletak di tebingan Sungai Kelantan dekat Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan.

Medan ikan bakar ini merupakan salah satu projek Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk memajukan kawasan tebingan Sungai Kelantan ini sebagai salah satu tarikan pelancong utama ke Kota Bharu.

Salah satu restoran yang beroperasi di MIB Kedai Buloh ialah Restoran Riverview MIB yang menyediakan hidangan masakan panas ala Thai dan ikan bakar.

Tempatnya selesa dan luas. Dapat melihat pemandangan sungai yang menarik. Di sebelah kira boleh melihat bangunan tinggi di pusat bandar Kota Bharu. Manakala di sebelah kanan pula pulau-pulau di delta Sungai Kelantan.

Pengunjung yang ingin melawat kawasan pulau delta Sungai Kelantan boleh mendapatkan perkhidmatan bot di Jeti MIB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan