Sabtu, 11 Jun 2022

BERSEDEKAHLAH SELAGI ADA PELUANG

Dalam mengejar kesibukkan dunia, jangan kita alpa dengan keperluan akhirat. Apa yang ada di dunia ini adalah sementara. Di dunia sementara ini lah peluang untuk kita menambah keperluan di akhirat kelak.

Kerana syurga itu bukan percuma, kita harus persiapkan keperluan untuk kehidupan di syurga yang abadi. Di dunia inilah kita persiapkan segala-galanya sementara kita masih berpeluang hidup di dunia ini.

Nikmat nyawa yang dikurniakan ni harus kita guna sebaiknya. Apabila kita meninggal dunia, tiada apa lagi yang boleh kita lakukan. Apa yang boleh dibawa hanyalah amalan kita semasa di hidup.

Sementara kita masih ada peluang hidup di bumi Allah ni, ayuh sama-sama kita bersedekah dan beramal dengan apa yang disukaiNya. Antara amalan yang berterusan pahalanya mengalir salah satunya adalah bersedekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan