Sabtu, 17 Disember 2016

Punca berlaku adik beradik lelaki berkongsi isteri

Adik beradik kongsi isteri satu amalan pelik yang masih dipertahankan. Adik beradik kongsi isteri adalah tradisi purba digelar poliyandri. Tradisi wanita berkahwin lebih seorang melibatkan adik beradik diamalkan di wilayah utara India di daerah Baghpat. Bagaimanapun, tradisi itu tidak dilaksanakan secara meluas.   

Tradisi itu masih diteruskan biarpun ada tentangan pihak NGO kerana lebih menjurus kepada satu amalan penderaan seksual menyalahi tabie. Satu penghinaan terhadap wanita dan institusi rumah tangga.  

Dalam kebanyakan kes, wanita itu sebenarnya hanya menjalani istiadat perkahwinan dengan satu lelaki sahaja. Tetapi, dia kemudian terpaksa menerima satu adat yang mana saudara lelaki kepada suaminya itu juga layak untuk melakukan hubungan seks dengannya seperti sebagai satu suami yang sah.

Ini bukan kes isteri curang, kuat nafsu atau penderaan seksual. Ia juga bukan kes rogol kakak atau adik ipar. Inilah budaya perkahwinan pelik. 

Menariknya budaya ini, suami sah si wanita itu dengan rela berkongsi isteri dengan adik beradiknya. Isteri memang hebat boleh melayan kehendak nafsu banyak lelaki yang menjadi suaminya secara serentak. Hidup mereka tidak ubah seperti pelacur yang dilacurkan sendiri oleh suaminya.

Suami kepada isteri itu tidak akan membantah dan menganggapnya satu amalan mulia. Akibat perbuatan itu, jika wanita itu mengandung dan melahirkan anak, mereka tidak tahu siapa sebenarnya bapa kepada anak itu.   

Hakikatnya, biarpun dipanggil adat, ia bukan disukai oleh wanita. Mereka menjadi mangsa. Adik beradik kepada suaminya boleh menyetubuhi adik atau kakak ipar pada bila-bila masa. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan lebih banyak masa untuk melakukan hubungan seks, termasuk pada siang hari.

Perlu dijelaskan, jika lelaki lebih gemar tidak bekerja, si isteri pula terpaksa membanting tulang bertani, melakukan kerja rumah, selain melayan nafsu suami dan adik beradik suami. Ini satu ketidakadilan sosial yang menghina kedudukan wanita yang sepatutnya dipelihara dan dimuliakan.

Selain dikatakan sebagai satu tradisi, punca lain mengapa ia masih diamalkan ialah kerana jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Kaum lelaki tidak mempunyai banyak pilihan untuk memiliki isteri, melainkan terpaksa berkongsi dengan adik beradik lelaki lain.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga.  

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan.

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat.

“Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” beritahu Dengle.

Apapun alasan, tradisi kongsi isteri tidak patut diamalkan. Maruah wanita bukan untuk dijadikan bahan seks lelaki semata-mata. Lelaki yang inginkan isteri patut keluar dari kawasan itu dan mendapatkan wanita dari kawasan lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan