Ahad, 18 Disember 2016

Untung tanam petai

Harga patai mahal disebabkan mendapat permintaan tinggi. Teori ekonomi menyebut jika penawaran kurang, sedangkan pemintaan tinggi, maka akan menyebabkan harga meningkat. 

Persoalannya, kenapa penawaran kurang, sedangkan permintaan tinggi, walhal hutan Malaysia penuh dengan pokok petai. Malah kalau tak cukup dari hutan pun boleh tanam dengan mudah sahaja kerana tiga setengah sudah dapat hasil. Kenapa tidak fikir benda ini. Sibuk import dari Thailand yang pastinya mahal, tambah-tambah lagi kadar pertukaran wang menguntungkan Thailand. 

Petai banyak tubuh dan mudah ditanam di Malaysia. Malangnya sumber petai di Malaysia tidak mencukupi disebabkan permintaan yang tinggi. 

Mengapa rakyat Malaysia tidak tanam besar secara ladang untuk mendapat hasil yang lumayan? Tempoh matang untuk mengeluarkan buah hanya mengambil masa kira-kira tiga tahun saja.

Untuk menanam dan menjaga pokok petai kerana memang sifatnya tumbuh dalam hutan. Jika dalam hutan tanpa ditanam dan dijaga pun ia boleh tumbuh segar dan berbuah lebat, tentu sekali jika ditanam secara ladang hasilnya lebih banyak lagi.  

Tambah lagi jika menggunakan baka yang diklon atau terpilih. Hasilnya tentu lebih lumayan lagi.

Petai atau nama sainstifiknya parkia speciosa memang sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Pokok petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. 

Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. 

Petai juga di sesetengah tempat dipanggil kacang pahit atau pete di Indonesia. Buah petai mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond.  

Namun, rasanya agak pahit jika dimakan mentah. Namun, pengemarnya tahu bagaimana hendak jadikan petai jadi sedap dimakan secara mentah, dibakar, rebus atau celur atau dijadikan jeruk. Buah petai sering dimakan sebagai ulam. 

Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa menjadi sebahagian penambah perisa sambal tumis udang, sambal ikan bilis dan kerang atau mengikut kreativiti pengemarnya. Petai juga dicampur dengan sayur untuk digoreng, masak lemak dan sebagainya.

Petai sama ada ia dimakan mentah, segar sebagai ulam atau dibuat masakan seperti sambal dan sayuran, ia tetap akan menaikkan selera kepada peminat petai.

Petai elok dimakan bersama kulitnya untuk mendapat khasiat yang turut terdapat di dalam kulitnya. 

Untuk membolehkan petai disimpan lama, maka ia dijeruk atau direndang dalam air garam. Jeruk petai memberi peluang penggemarnya dapat menikmati sepanjang tahun. Sebelum dijeruk, petai direbus separuh masak untuk memudahkan membuangkan kulitnya.  

Soal rasa tidak timbul masalah sangat bagi penggemarnya biarpun sedikit pahit. Malah itulah satu keistimewaan dan kelebihannya. Masalah besar ialah kesan akibat makan petai. 

Orang makan petai akan berdepan masalah bau air kencing dan najis yang amat busuk yang luar biasa. Tidak kena gaya, satu rumah mendapat bau tidak menyenangkan. 

Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan