Ahad, 18 Disember 2016

Bantah hukuman khalwat

Umat Islam di Malaysia semakin diserang dengan pemikiran songsang yang dicipta oleh bukan Islam. Namun, dalam soal ini, yang melakukan serangan pemikiran itu adalah orang Islam sendiri yang telah dipergunakan oleh bukan Islam. 

Sikap terlalu liberal dalam pemikiran telah meroskkan identiti mereka sebagai orang Islam dan Melayu. Inilah yang berlaku di kalangan mereka yang bernaung di dalam Kumpulan 25 Melayu berwibawa atau G25.

Antara lain kumpulan ini mengatakan kesalahan khalwat tidak boleh disabitkan kepada pelakunya kerana melanggar hak asasi manusia. Malah mereka juga berpendapat bukan sahaja kesalahan khalwat yang perlu dihapuskan dari perundangan Malaysia malah perbuatan liwat juga.

Sama seperti khalwat, liwat turut dilakukan dalam bilik yang tertutup dan sudah terdapat beberapa kes dimana terdapat jabatan agama di negara ini menangkap 2 lelaki Islam yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Keadaan ini sudah tentu meluaskan stigma kebencian masyarakat terhadap golongan gay sedangkan kita sebenarnya ketinggalan berbanding banyak negara maju di dunia yang sudah sampai ke tahap membenarkan perkahwinan sejenis.

Sedangkan di negara kita, lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis pun dianggap sudah melakukan kesalahan. Kalau didapati bersalah meliwat pula (walaupun secara sukarela), boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara – memalukan.

Hakikatnya, yang memalukan bukannya undang-undang itu, tetapi merekalah yang telah memalukan seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan